Human Development Articles / Artikel Bina Insan

Apa yang perlu dibuat untuk meningkatkan prestasi saya?
Seperti yang telah dijelaskan, untuk meningkatkan prestasi akademik dan kerjaya terdapat lima faktor utama yang mempengaruhi iaitu:
  • Roh: Keupayaan anggota fizikal untuk melaksanakan tugas mengikut spesifikasi yang telah ditentukan
  • Akal: Pengetahuan yang dimiliki untuk melakukan tugas
  • Perasaan: Emosi yang kuat dan stabil  membolehkan tugas dilaksanakan secara berterusan
  • Nafsu: Kehendak yang terkawal. Tenaga dari kehendak ini digunakan untuk kebaikan dan peningkatan prestasi diri dan tidak kepada perkara yang mendatangkan keburukan
  • Hati: Pembersihan hati dari kekotoran yang tidak membolehkan hati memilih antara perbuatan yang baik dan buruk.


Rajah 1 menunjukkan proses pembangunan spiritual yang perlu dilaksanakan oleh individu untuk meningkatkan prestasi. Kelima-lima komponen perlu digerakkan untuk memperoleh kesan yang diingini. Jika hanya satu komponen diberikan keutamaan, maka individu tidak akan memperoleh keputusan yang dikehendaki kerana pembangunan tidak seimbang. Dalam modul ini, pengguna telah mempelajari bagaimanakah untuk membangunkan kesemua komponen ini secara menyeluruh

Apa hubungan dengan latihan biofeedback dan pernafasan
Latihan biofeedback dan pernafasan secara khusus digunakan untuk menguatkan salah satu komponen spiritual iaitu perasaan / emosi. Kedua-dua latihan ini penting untuk meningkatkan kematangan dan pengawalan emosi.  Jika anda mempunyai emosi yang stabil, maka anda boleh menggunakannya untuk menguatkan komponen spiritual yang lain.

Apa hubungan dengan ujian personaliti yang dilaksanakan pada awal kursus?
Ujian yang dilaksanakan membolehkan anda mengetahui di manakah personaliti yang kuat dan sebaliknya. Dalam ujian ini, anda telah mengetahui aspek personaliti yang kuat, sederhana dan lemah. Apa yang penting adalah membuat perubahan untuk menguatkan personaliti berkenaan. Setiap personaliti yang dijelaskan melambangkan apakah sikap, kebiasaan dan tingkah laku harian anda. Untuk meningkatkan prestasi, anda perlu menguatkan personaliti yang lemah dan menggunakan kekuatan dari personaliti yang kuat.

Adalah penting untuk memberikan tumpuan untuk menguatkan personaliti yang lemah. Jika skor personaliti adalah lemah, maka anda perlu berusaha mengenal pasti kelemahan berkenaan dan melakukan perubahan. Anda perlu melakukannya bersendirian. Contoh seperti dalam Rajah  di bawah  di mana peserta mempunyai skor personaliti I yang lemah.  Berdasarkan kepada huraian, peserta merupakan orang yang kurang yakin terhadap diri sendiri,  anda mudah bertindak tergesa-gesa. Buah fikiran anda kurang realistik dan kurang rasional. Beliau juga kurang berupaya mengenal pasti peluang untuk dikembangkan. 

Apabila pengguna mengetahui kelemahan ini, maka secara sedar beliau perlu memperbaiki kelemahan berkenaan. Beliau perlu menganalisis jawapan yang diberikan melalui huraian personaliti berkenaan dan membuat perubahan agar personaliti beliau menjadi lebih menyerlah dan kuat.  Dalam modul ini, huraian tidak diberikan secara terperinci terhadap kaedah untuk memperbaiki personaliti yang lemah. Ini kerana terlalu banyak perkara yang perlu di lalui dan kaedah adalah berbeza antara individu. Memadai dengan pengguna mengetahui kelemahan personaliti yang ada seterusnya merancang perubahan dalam setiap tingkah laku. Keadaan ini kerana dalam proses memperbaiki sikap, yang penting adalah mengetahui aspek mana yang lemah seterusnya merancang pembaikan. Melalui aktiviti harian, pengguna perlu sentiasa menyedari kelemahan yang ada seterusnya merancang untuk memperbaikinya mengikut kemampuan dan kesesuaian dalam konteks bekerja ataupun belajar. Keadaan ini menjadikan pembaikan tingkah laku dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersahaja.